PENDAHULUAN  
 Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.
TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG  
 Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
 Telur dan daging untuk  makanan keluarga Telur boleh ditetaskan  untuk pembiakan Andai berlebihan boleh  dijual untuk menambah pendapatan. KEISTIMEWAAN AYAM  KAMPONG 
 Boleh dibiakkan sepanjang  tahun Boleh dipelihara secara  bebas pada waktu siang Sisa makanan rumah boleh  diberikan tanpa had Ibu dapat menetaskan  telur dengan sendirinya. Ibu boleh mengawal  anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh. SISTEM PERUMAHAN 
 Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah . 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai. kayu hutan, kayu sayung,  buluh , dawai mata punai atau pukat gunakan peralatan  makan/minum yang murah. PEMAKANAN AYAM 
 Terdapat dua (2) jenis  makanan iaitu:-
 Makanan komersil/dagangan Makanan Ayam Permulaan  (Layer Starter Mash) Makanan Ayam Membesar  (Layer Grower Mash/Pellet) Makanan Ayam Penghabisan  (Layer Finisher Mash/Pellet) Makanan Campuran atau Sisa Makanan Lebihan nasi, hampas  kelapa, isi kelapa Dedak, beras hancur,  padi, ubi kayu/keledek Ikan baja dan  lain-lain PENGURUSAN
 Pengurusan anak (1 hari -  4 minggu)
 Pastikan anak ayam  mendapatkan suntikan pencegahan penyakit Beri makanan bermutu dan  minuman secukupnya Pastikan ada lampu untuk  memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu Peringkat membesar  hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)
 Pastikan anak ayam  mendapat suntikan pencegahan penyakit Boleh dilepaskan pada  siang hari Makanan campuran atau  lebihan sisa makan boleh diberi Sediakan sarang  bertelur Elakkan mengganggu ibu  yang sedang mengeram PEMBIAKAN 
 Melibatkan perkahwinan  secara tabie/asli 1 ekor ayam jantan untuk  10 ekor ayam betina Dipelihara di dalam reban  dengan penyediaan sarang bertelur Tempat yang sunyi,kering  dan bebas dari gangguan Kebiasaan boleh mengeram  sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari. KAWALAN  DAN PENCEGAHAN PENYAKIT 
 Penyakit ayam boleh  disebabkan oleh:-
 Warisan Pemakanan Pengurusan Persekitaran Jangkitan Langkah-langkah Pencegahan  Penyakit
 Reban sentiasa  bersih Anak ayam bebas dari  penyakit Jauh dari ternakan dan  haiwan lain Pelawat perlu  dikawal Pencegahan adalah lebih  baik dari rawatan Semua ayam perlu diberi  suntikan pencegahan penyakit Ayam yang mati hendaklah  ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat. Program Pencegahan penyakit 
 Umur 1 hari - Sampar Ayam  “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan) Umur 3 - 4 minggu - Cacar  Puru ayam dan Sampar “F” Umur 6 - 8 minggu -  Sampar ” S “ 
Tanda-tanda Am Ayam  Berpenyakit
 Kurang nafsu makan Monyok dan tidak  aktif Pucat, bersin, keluar  hingus dari hidung Muka bengkak Berak cair atau  berdarah Gangguan saraf seperti  sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya. JENIS-JENIS PENYAKIT  AYAM
 Sampar ayam (ND) Penyakit Gumboro  (IBD) Puru Salmonellosis Pasteurellosis Lain-lain Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.
  Galeri Ayam Kampung
 
Pemasangan bidai bagi mengelakkan telor terkena air hujan.
  
Bangsal ternakan ayam kampung yang dibahagikan kepada tiga petak iaitu untuk induk ayam, anak ayam dan ayam dara (dewasa)
 
Pemasangan  pagar tertutup bagi mengelakan kemasukan dan gangguan bintang buas 
 
Anak ayam yang berumur 1 bulan
 
Anak ayam  yang berumur 3 hari
 
Anak ayam diletakkan dibawah pemanas
  
Ayam yang berumur 2 bulan
 
 
No comments:
Post a Comment