Shallot (Allium ascalonicum L.) berlainian daripada kumpulan bawang lain kerana ia mengeluarkan bawang berkelompok daripada sebiji bawang yang ditanam.
Shallot, dikenali sebagai ‘bawang merah’ merupakan salah satu bahan utama dalam makanan di Malaysia. Ia digunakan sebagai makanan, rempah ratus dan perasa makanan. Ia biasa dimakan begitu sahaja, dibuat acar, untuk masakan atau digoreng.
Varieti
Varieti utama adalah yang diimport dari India dan China. Varieti India berbau lebih tajam, berwarna merah dan berbentuk globular. Manakala varieti China tidaklah setajam varieti India, berwarna kecoklat-coklatan dan bebawangnya berbentuk sedikit oval.
Bahan Tanaman
Ia boleh ditanam sama ada melalui percambahan daripada bebawang atau daripada biji benih. Penanaman daripada bebawang biasanya lebih digemari kerana ia senang untuk disediakan serta jangkamasa penanamannya juga lebih singkat.
Saiz kecil atau sederhana biasanya digunakan untuk penanaman. Kira-kira ¼ bahagian atas bebawang dipotong untuk menggalakkan percambahan. Bebawang tersebut kemudian di rendam di dalam larutan Thiram atau Benlate selama 1-2 jam serta ditoskan sebelum ditanam.
Jika ia ditanam daripada biji benih, ia mesti dicambah di tapak semaian dan dipindahkan ke ladang apabila benih berumur 5-6 minggu.
Persediaan Tanah
Bawang merah tumbuh dengan baiknya di tanah lom berpasir yang bersaliran baik. Tapak tanaman perlu dibersihkan kesemua tumbuhan di atasnya dan kemudiannya dibajak. Batas seluas 1.2 m lebar dan 20-30 cm tinggi dibina selang setiap 50 cm. Kemudian batas ditambah dengan 200g/m2 dolomite, 1.0kg/m2 tahi ayam dan 160g/m2 baja campuran 12:12:17:2 + TE sebelum ditanam.
Penanaman
Bebawang ditanam dibatas dan disungkup. Jarak tanamannya ialah 15-20 cm dalam batas dan 20cm antara batas. Bebawang yang ditanam hendaklah ditimbus dalam tanah dengan sedikit bahagian atasnya dibiarkan terdedah. Satu bebawang ditanam bagi satu pokok bawang merah.
Pembajaan
Bataas dibaja dengan 120g/m2 baja campuran12:12:17:2 + TE minggu ke 4 dan 5 selepas penanaman. Baja daun diberi pada minggu ke 4 dan 6 penanaman. at 4 and 6 weeks after planting.
Penyiraman
Penyiraman amat diperlukan pada peringkat vegetatif dan pembentukan bebawang. Tumbuhan ini mesti disiram dua kali sehari terutama semasa cuaca kering. Kekerapan menyiram dikurangkan apabila bebawang sudah hampir matang. Penyiraman mesti dihentikan sama sekali seminggu sebelum dituai.
Pembungaan
Sesetengah varieti bawang merah mengeluarkan jambak bunga. Jambak bunga ini perlu dibuang untuk memastikan makanan digunakan sepenuhnya oleh pembentukan bebawang. Jambak bunga ini boleh digunakan sebagai sayuran atau untuk gubahan bunga.
Perosak dan Penyakit
Trips bebawang (Thrips tabaci) merupakan perosak utama tanaman bawang merah. Ia menyerang daun dan ini akan mengurangkan kualiti pembentukan daun. Ia dikawal dengan Malathion dengan kadar 0.75 - 1.5 kg per ha atauFenitrothion dengan kadar 0.1 - 0.5 kg per ha.
Kulapok downi (Peronosphora destructor) dan Tompok Ungu (Alternaria porri) merupakan penyakit utama dalam penanaman bawang merah. Penyakit kulat ini boleh dikawal dengan racun kulat Kuprum pada kadar 0.2% a.1. untuk merawat penyakit kulapok downi manakala Maneb, Mencozeb atau Zineb boleh digunakan untuk merawat penyakit tompok ungu.
Reput bebawang disebabkan oleh Fusarium sp. Penyemburan dengan Benlate atau Mancozeb merupakan kawalan yang efektif. Elakkan menanam pada musim basah (landas).
Penuaian
Jangkamasa penuaian hendaklah diluar musim landas untuk mengelak penyakit reput bebawang. Bebawang dituai selepas 8-9 minggu penanaman. Bebawang matang sedia untuk dituai apabila daunnya kering dan terkulai layu. Tanaman yang telah dituai hendaklah dibiarkan selama 10-14 hari. Daun keringnya dipotong 2.5 cm daripada bebawang dan kulit luar bebawang hendaklah dibuang. Bebawang tersebut kemudiannya dibiarkan selama seminggu lagi sebelum disimpan atau dijual. Jangan dijemur terus bawah matahari bagi mengelak bebawangnya rosak.
Pengredan
Bebawang digred berdasarkan saiznya. Gred terbaik berukuran 2.5 cm diameter, Gred A berukuran 1.9-2.5 cm dan Gred B berukuran 1.3-1.9 cm diameter.
Hasil
Sekiranya di bawah [engurusan yang baik serta keadaan cuaca yang sesuai, hasil bawang merah boleh mencapai 6-8 tan sehektar.
Pulangan
Anggaran jumlah kos bagi 1 ha pengeluaran bawang merah ialah RM19,400.00. Sebahagian besar daripada kos ini adalah untuk mendapatkan bahan tanaman dan baja yang diperlukan. Pulangan bersih (andaian hasil 6 t/ha pada RM3.50/kg) ialah RM1,600.00.
No comments:
Post a Comment