Google

Wednesday, December 5, 2007

Siswazah tanam cili ikut kaedah moden

PASIR PUTEH: Pendapatan lumayan dari tanaman cili mendorong seorang siswazah mencebur diri dalam bidang itu secara komersial menggunakan kaedah pertanian moden dan sistematik.

Alamim Muhamad, 24, lepasan Kolej Infrastruktur Kuala Lumpur dalam jurusan Mekanikal, berkata beliau lebih rela meninggalkan gaji RM1,500 sebulan semata-mata kerana minat dan yakin mendapat pulangan lumayan mengerjakan tanah terbiar di kampungnya di Gong Pasir di sini.

Alamim mengusahakan tanaman Cili Kulai Air Jernih sebanyak 3,000 pokok mengikut sistem tanam kaedah fertigasi, tanaman dalam polibeg berisi tanah dan habuk kayu gergaji.

Sistem itu mempunyai beberapa kelebihan berbanding tanaman cara tradisional, antaranya jangkaan keluar hasil yang tepat, mesra alam, baja dan air terus ke akar pokok dan penjimatan upah tenggala.

Alamim dibantu oleh ibu dan seorang adik.

Beliau cukup yakin akan memperoleh kejayaan berdasarkan pengalamannya pada musim lalu yang mengusahakan tanaman secara tradisional apabila beliau memperoleh hasil RM12,000 di kawasan seluas 0.46 hektar.

Sementara itu, Pengurus Besar PPK Bukit Awang, Ishak Mat Rotim keika ditemui di ladang berkenaan berkata pihaknya sudah meluluskan peruntukan tanpa faedah sebanyak RM15,000 kepada Alamim bagi menjayakan projek itu.

Katanya, peruntukan itu bertujuan untuk perbelanjaan membeli peralatan kejenteraan ladang terutama pancutan air berputar, benih, plastik tudung tanah, polibeg dan baja. - Bernama

1 comment:

syikin said...

erm.. bagus...cm nk try jer...khidmat nasuhat di perlukan..eekyn_nazz@yahoo.com.my.

© Copyright 2007 http://harizamrryblog.blogspot.com Corp. All rights reserved
Get Started On Blogger!, Join for free, and view profiles, connect with others, blog, rank music, and get much more!